Cara Daftar Akaun MAE Maybank Online Tanpa Akaun Maybank

Maul November 1, 2024

Cara Daftar Akaun MAE Maybank dapat dilakukan dengan mudah dan tidak perlu mengunjungi cawangan Maybank, teruskan baca agar anda faham caranya.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara daftar akaun MAE Maybank dengan akaun Maybank maupun tanpa akaun Maybank.

Dalam artikel ini juga anda akan didedahkan langkah-langkah mudah untuk mendaftar akaun MAE Maybank dan memulakan pengalaman perbankan digital anda dengan Maybank.

Apa Itu MAE Maybank?

MAE Maybank merupakan platform perbankan digital yang diperkenalkan oleh Maybank. Istilah “MAE” bermaksud “Maybank Anytime Everyone”, yang merujuk kepada kemudahan menguruskan kewangan anda secara fleksibel dan mudah, tanpa had masa dan ruang, menggunakan aplikasi telefon pintar anda.

Dengan MAE Maybank, anda boleh membuka akaun dalam talian, memindahkan wang, menguruskan kad debit dan kredit anda, dan banyak lagi tanpa perlu melawat bank.

Di samping itu, MAE juga menawarkan banyak faedah lain seperti promosi eksklusif dan diskaun di kedai-kedai terpilih.

Maybank MAE memudahkan pengalaman perbankan anda dan memberi anda lebih banyak pilihan untuk menguruskan kewangan anda dalam era digital ini.

Syarat Daftar Akaun Maybank

Semasa Anda nak daftar akaun MAE Maybank, terdapat beberapa syarat yang harus Anda penuhi terlebih dahulu. Akaun MAE layak untuk pelanggan yang memenuhi kriteria di bawah:

  • Usia minum adalah 12 tahun ke atas
  • Terbuka bagi seluruh orang (Warga Malaysia maupun Warga Asing)
  • Pelanggan Maybank baharu dan sida ada.

Tidak seperti akaun bank lain, MAE Maybank merupakan akaun beli-belah yang menawarkan kemudahan membuat akaun di aplikasi MAE oleh Maybank2u, tanpa perlu datang ke pejabat cawangan Maybank.

  • Akaun mempunyai had baki RM4,999.99
  • Had debit bulanan sebanyak RM5,000.00
  • Had debit tahunan sebanyak RM60,000.00

Cara Daftar Akaun MAE Maybank

Cara daftar MAE Maybank lebih mudah daripada daftar MAE maybank2u, karena tidak perlu pergi ke cawangan Maybank. Terdapat 2 cara yang dapat anda gunakan saat ingin mendaftar MAE Maybank, termasuk

1. Cara Daftar Akaun MAE Maybank Tanpa Akaun Maybank

Sila ikuti langkah berikut jika anda nak daftar MAE Maybank tapi tidak memiliki akaun Maybank

  • Muat turun Apl MAE Maybank2u pada Playstore maupun App Store
  • Klik Hello pada bahagian kiri atas
  • Kemudian klik No Account? Apply for a MAE Account Now
  • Klik Next
  • Seletelah itu Masukkan Nama penuh sesuai dengan Kad Pengelan yang sah Anda
  • Lalu Masukkan nombor telefon anda
  • Klik Continue
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
  • Sila pilih jenis ID pengenalan Anda dan masukkan nomor kad pengenalan Anda
  • Klik Continue
  • Klik lagi Continue untuk login ke Maybank2u.
  • Masukkan Username akaun Anda.
  • Kemudian Sahkan Security Phrase Anda.
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
  • Masukkan Password akaun Maybank Anda.
  • Klik Continue.
  • Sila buat 6 digit PIN keselamatan yang Anda inginkan.
  • Masukkan semula PIN keselamatan tersebut.
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
  • Anda juga boleh mengaktifkan biometric ID.
  • Klik Yes, Proceed untuk melanjutkan.
  • Masukkan nombor OTP yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  • Masukkan Nama yang akan digunakan interaksi dalam aplikasi ini.
  • Klik Continue.
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
  • Selesai.

2. Cara Daftar Akaun MAE Maybank guna Maybank2u

Jika anda sudah memiliki akaun Maybank dan ingin daftar MAE Maybank, sila ikuti langkah berikut:

  • Muat turun Apl MAE Maybank2u pada Playstore maupun App Store
  • Buka aplikasi MAE
  • pilih Existing M2U
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
  • Sila sambungkan ID Maybank2u Anda seperti biasa
  • Klik Apply dan masukkan butiran maklumat Anda seperti nama penuh, no telefon, dan sebagainya
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
Cara Daftar Akaun MAE Maybank
  • Selepas tu, klik Apply For MAE untuk memulakan pendaftaran, klik Next
  • Masukkan Password Maybank2u dan alamat e-mel Anda
  • Selesai, akaun MAE Maybank anda telah berjaya dibuat

Cara Buat Kad Fizikal MAE Maybank

Setelah anda berjaya daftar akaun MAE Maybank, kini saatnya memiliki kad fizikal MAE Maybank. Sila ikuti langkah berikut untuk dapat mengetahui cara buat kad fizikal MAE Maybank:

  • Sila log masuk ke akaun Maybank2u Anda
  • Kemudian cari dan Pilih menu Cards
  • Pilih MAE Debit Card
  • Pilih Apply For Physical MAE Card
  • Setelah anda membuat permohonan, kad MAE akan dihantarkan ke alamat rumah anda

Cara Transfer Duit MAE Maybank ke Akaun Lain

Setelah anda berjaya membuat akaun MAE Maybank, Anda harus tahu cara guna MAE Maybank. Cara transfer duit MAE Maybank ke akaun lain sangat mudah untuk dilakukan. Sila ikuti cara berikut agar transaksi anda berjaya:

  • Buka aplikasi MAE Maybank
  • Pilih Transfer.
  • Masukkan password Anda
  • Pilih sama ada anda mahu membuat transfer DuitNow atau Instant Transfer
  • Selepas itu pilih bank yang Anda ingin transfer duit e-wallet.
  • Masukkan account number dan jumlah yang mahu anda transfer.
  • Masukkan recipient reference (rujukan), lalu pilih Funds Transfer
  • Pastikan maklumat yang Anda masukkan dah betul lalu klik Transfer Now
  • Klik Approve untuk pengesahan.
  • Selesai

Sekarang anda sudah mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai cara daftar akaun MAE Maybank.

Dengan penggunaan teknologi yang semakin canggih, MAE adalah satu platform yang memudahkan urusan perbankan anda secara digital.

Mari daftar akaun MAE Maybank anda hari ini dan nikmati kelebihan MAE Maybank dan pengalaman perbankan yang lebih mudah dan fleksibel.

Originally posted 2023-02-23 17:20:17.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Leave a comment

    Artikel Terkait