Cara Daftar Perkeso Grab Online (Mudah & Praktikal)

Maul November 14, 2024

Cara Daftar Perkeso Grab Online boleh dilakukan dengan mudah, artikel ini membahas secara terperinci cara daftar perkeso grab online dengan mudah.

Program Sosial Perkeso Grab (Socso Grab) adalah sebuah inisiatif yang diwujudkan untuk memberi perlindungan sosial kepada para pemandu Grab di Malaysia.

Bagi pemandu Grab yang ingin mendapatkan manfaat daripada program ini, satu daripada syarat utama adalah mereka perlu mendaftar dengan Perkeso.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara daftar Perkeso Grab secara online.

Anda akan diberikan panduan langkah demi langkah untuk mendaftar dengan mudah, serta maklumat tambahan tentang program Socso Grab dan faedah yang disediakan.

Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana untuk mendaftar dan mendapatkan perlindungan sosial melalui program ini.

Apa Itu SKSPS Khidmat Perkeso

SKSPS Khidmat Perkeso merujuk kepada program yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Malaysia, yang memberi perlindungan sosial kepada para pekerja sektor informal termasuk pemandu Grab.

Program ini memberikan manfaat kepada peserta yang terlibat dalam sektor gig economy dan sektor tidak formal yang sebelum ini tidak terlindung oleh skim keselamatan sosial yang sedia ada.

Melalui program SKSPS Khidmat Perkeso, peserta akan dilindungi dengan manfaat kesihatan, kecelakaan, dan kehilangan upaya.

Peserta juga akan mendapat manfaat daripada skim penyelamat, manfaat berkaitan kematian dan manfaat persaraan saat bekerja termasuk kerja grab food.

Program ini bertujuan untuk memberikan perlindungan sosial yang sepatutnya kepada pekerja sektor informal dan meningkatkan taraf hidup mereka serta keluarga mereka.

Syarat Permohonan SKSPS Khidmat Perkeso

Berikut merupakan beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan dan harus anda penuhi, termasuk:

  1. Bekerja sendiri dan mempunyai tugas untuk dijalankan sebagai punca rezeki
  2. Full time ataupun secara part time
  3. Bekerja sendiri hanya di Malaysia
  4. Warganegara Malaysia
  5. Bermaustatin tetap

Kelayakan Pencarum SKSPS Khidmat Perkeso

Terdapat beberapa kelayakan pencarum Perkeso yang harus anda ketahui termasuk:

  1. Anggota Pasukan Sukarelawan– Pelan caruman 2
    • Anggota Tentera Simpanan
    • Anggota Polis Simpanan
    • Anggota Pertahanan Awam Malaysia
    • Anggota Maritim (Pelan Caruman 2)
  2. Perkhidmatan Rumah Ibadat Islam (JAKIM) – Pelan caruman 2
    • Guru Takmir
    • Noja
    • Siak
    • Imam
    • Bilal
    • Merbut
  3. Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti – Pelan caruman 2
  4. Anggota Sektor Awam – Pelan caruman 4
    • Berstatus Contract For Service

Faedah Pencarum Skim Keelamatan Sosial Sendiri Perkeso

Kepada pencarum yang layak akan menerima faedah-faedah berikut:

  • Faedah hilang upaya sementara
  • Faedah hilang upaya kekal
  • Faedah orang tanggungan
  • Faedah perubatan
  • Faedah pengurusan mayat
  • Elaun layan sentiasa
  • Faedah pendidikan
  • Kemudah jasmani dan vokasional

Dokumen yang Diperlukan

Semasa anda nak mengajukan permohonan SKSPS Khidmat Perkeso, anda perlu menyiapkan beberapa dokumen termasuk:

  1. Salinan myKad
  2. Surat lantikan
  3. Pengesahan kerja – bagi petugas khidmat komuniti / Sukarelawan/ Guru Takmir/ Imam/ Bilal/ Siak/ Noja/ Merbutanggota sektor awam (contract for service)

Cara Daftar Perkeso Grab Online dengan SKSPS

Jika anda sudah menyiapkan dokumen yang diperlukan dan sudah memahami kelayakan dan fadah pencarum sila ikuti langkah ini untuk dapat mengetahui cara daftar perkeso Grab Online:

  • Layari laman web Perkeso
  • Pilih Skim keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Cara Daftar Perkeso Grab Online Step 1
Cara Daftar Perkeso Grab Online Step 1
  • Scroll kebawah dan klik butang portal matrix untuk daftar
Step 2
Cara Daftar Perkeso Grab Online Step 2
  • Jika anda sudah punya akaun sila log masuk, jika belum sila daftar
Cara Daftar Perkeso Grab Online
iperkeso login Step 3
  • Selepas masuk klik saya bekerja sendiri
Step 4
Step 4
  • Kemudian scroll kebawah dan klik butang daftar
Step 5
Step 5
  • Isikan sesuai seperti pada gambar
Step 6
Step 6
  • Selepas itu, akan muncul tentang bayaran caruman
Step 7
Step 7
  • Kemudian scroll kebawah dan tekan hantar & bayar
Step 8
Step 8
  • Pilih Metode Bayar yang anda mahu
Step 9
Step 9
  • Bayar & Selesai
Step 10
Step 10

Dengan mengetahui Cara Daftar Perkeso Grab Online, pemandu Grab sekarang boleh memperoleh perlindungan sosial melalui program SKSPS Khidmat Perkeso.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memberikan perlindungan sosial kepada pekerja sektor informal, program ini memberikan manfaat yang penting untuk peserta dalam sektor gig economy seperti pemandu Grab.

Dalam panduan ini, kami telah memberikan maklumat lengkap tentang cara daftar dan mendapatkan perlindungan sosial melalui program SKSPS Khidmat Perkeso.

Jadi, jangan ragu-ragu untuk mendaftar dan memperoleh manfaat yang ditawarkan oleh program ini. Semoga artikel ini memberi manfaat dan membantu anda dalam proses pendaftaran.

Originally posted 2023-03-25 16:53:11.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait