Cara share kredit tune talk adalah dengan cara seperti yang akan dijelaskan pada artikel ini. Ada beberapa cara yang dapat dilakukan iatu via SMS, USSD dan Tunetalk App.
Kredit TuneTalk merupakan salah satu cara untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam talian dengan mudah.
Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan kepada anda cara untuk berbagi kredit TuneTalk dengan rakan-rakan dan keluarga anda dengan hanya beberapa langkah mudah.
Ia adalah cara yang cepat dan selamat untuk membantu orang lain tanpa perlu keluar dari rumah. Mari kita mulakan!
Terma Share Kredit Tune Talk
Terma transfer kredit TuneTalk merupakan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika melakukan transfer kredit dari satu akaun TuneTalk ke akaun lain. Beberapa terma yang perlu diperhatikan termasuk:
- Hanya pengguna Tune Talk yang sah yang boleh melakukan transfer kredit.
- Anda hanya boleh mentransfer kredit kepada akaun Tune Talk yang sah
- Anda hanya boleh mentransfer kredit dalam jumlah yang dibenarkan oleh TuneTalk, minimum transfer kredit RM1, maksimum transfer kredit RM10/hari.
- Anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam akaun anda sebelum melakukan transfer.
- Anda perlu membayar yuran transfer yang ditetapkan oleh TuneTalk. Caj 50 sen setiap transfer kredit yang berjaya.
- Anda perlu mengikuti arahan yang diberikan oleh TuneTalk untuk melakukan transfer kredit dengan betul.
- Pengguna yang menerima kredit yang ditransfer akan menerima pemberitahuan daripada TuneTalk mengenai transfer kredit yang diterima.
- TuneTalk berhak untuk mengubah syarat dan terma tanpa notis terlebih dahulu.
Kesahan kredit yang dipindahkan/transfer adalah seperti berikut:
Credit | Validity |
---|---|
RM1 – RM2 | 1 Days |
RM3 – RM10 | 3 Days |
Cara Share Kredit Tune Talk
Kredit Tune talk dapat di share menggunakan tiga cara, iatu:
a. Via SMS
Anda dapat melakukan transfer kredit kepada rakan, saudara, orang tua atau orang lain yang membutuhkan melalui SMS sajaha, caranya iatu:
Ketik SMS dengan format RM amount <jarak> nombor penerima hantar 23232
Contoh 1: RM5 0105006789 hantar ke 23232
Contoh 2: RM10 0105009876 hantar ke 23232
b. Via Tune Talk USSD
Anda boleh share kredit tune talk guna kode USSD, caranya ialah seperti berikut:
- Tekan Dial *111#
- Pilih 4, Credit
- Selanjutnya pilih 2, Transfer
- Masukkan nombor penerima diikuti dengan “amount seperti yang dinayatakan pada menu send instruction. Contoh, 1005006789*5.
- Pilih 1, Confirm bagi mengesahkan transaksi yang hendak dilakukan.
- Satu pop-up kecil keluar bahawa transaksi anda berjaya.
- klik OK
- Selesai.
c. Via Tune Talk App
Bila anda nak tahu cara share kredit tunetalk anda dapat gunakan alternatif ketiga, iaitu dengan menggunakan tunetalk App. Cara share guna tunetalk App ialah seperti berikut:
1. Buka Aplikasi TuneTalk anda,
2. Klik simbol (…) pada bahagian kanan bawah aplikasi.
3. Pilih Credit Transfer
4. Masukan nombor telefon penerima kredit pada ruang To
5. Pilih besaran amount yang akan ditransfer
6. Klik tombol Send a 4-digit TAC
7. Selepas itu anda akan dapat message 4 digit kode TAC untuk dimasukkan ke kolomnya
8. Klik Submit
9. Selesai.
Anda dapat muat turun Aplikasi Tune Talk
Cara Pinjam Kredit TuneTalk
Adakah Anda kehabisan kredit atau kuota internet? Jangan risau, cubalah untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan anda.
Mungkin saja mereka boleh membantu anda dengan cepat. Berikut adalah cara untuk meminjam kredit TuneTalk.
Ketik SMS dengan format RQamount <jarak> nombor pemberi hantar 23232
Contoh 1: RQ2 0105006789 hantar ke 23232
Contoh 2: RQ10 0105009876 hantar ke 23232
Begitulah cara untuk berbagi kredit Tune Talk, pilih sahaja sama ada mahu menggunakan SMS atau Dial.
Jika anda mengalami kesulitan atau masalah ketika melakukan transaksi transfer kredit TuneTalk, sila hubungi Pusat Panggilan TuneTalk untuk bantuan. Semoga bermanfaat
Originally posted 2023-01-17 08:15:24.