Cara Bayar Cukai Tanah Online Malaysia dengan Mudah

Maul December 7, 2024

Cara bayar cukai tanah online mudah je dilakukan, sila baca artikel ini sampai penuh supaya korang faham dengan betul!

Hello gays! Hari ini, kita nak bincang satu perkara yang memang hangat dan berguna untuk semua. Adakah korang pernah terfikir macam mana nak bayar cukai tanah secara online?

Nah, jangan risau! Kali ni, kami akan bagitahu korang cara-cara senang nak bayar cukai tanah online.

So, memang zaman sekarang ni teknologi dah maju gila babeng. Kita dah boleh buat banyak benda secara online, termasuklah bayar cukai tanah.

Dah tak payah nak beratur panjang di pejabat tanah, wasting time and energy. Sekarang ni, semua boleh buat dari rumah je!

Apa Itu Cukai Tanah?

Cukai tanah ni adalah salah satu jenis cukai yang korang kena bayar kat kerajaan setiap tahun. Ia berkaitan dengan harta tanah yang korang miliki.

Jadi, kalau korang ada rumah, kedai, atau tanah lain, mestilah bayar cukai tanah ni.

Maksudnya, korang kena bagi sedikit duit kat kerajaan sebagai bentuk pembayaran untuk menggunakan tanah tu.

Duit yang korang bayar ni digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan infrastruktur, macam jalan raya, sistem paip air, dan pelbagai perkhidmatan lain yang memberi faedah kepada masyarakat.

Cukai tanah ni tak sama dengan bayaran sewa atau yuran penggunaan tanah tu. Ia lebih kepada bayaran yang wajib korang bayar setiap tahun, samada korang guna tanah tu untuk diri sendiri atau sebagai pelaburan.

Kerajaan akan berikan korang surat cukai tanah setiap tahun yang menyatakan jumlah yang kena bayar. Biasanya, ia dikira berdasarkan nilai pasaran harta korang.

Jadi, kalau harta korang besar dan nilai tinggi, cukai tanah tu pun mungkin akan lebih tinggi.

Penting juga untuk korang tahu bahawa tidak bayar cukai tanah ni boleh membawa masalah. Kerajaan boleh ambil tindakan undang-undang dan memberi denda kepada yang tak bayar cukai tanah.

So, elakkan masalah tu dengan bayar tepat pada waktunya.

Jadi, cukai tanah ni memang satu tanggungjawab yang korang kena ambil serius. Pastikan korang bayar cukai tanah setiap tahun dan patuhi peraturan yang ditetapkan.

Dengan cara tu, korang akan menjaga kedudukan korang sebagai pemilik harta tanah yang bertanggungjawab dan menyokong pembangunan negara kita.

Tempoh Bayaran Cukai Tanah

Untuk bayaran Cukai Tanah, ada jangka masa tertentu yang korang kena patuhi. Mula dari 1 Januari sampai 31 Mei setiap tahun, korang kena bayar cukai tu.

Bukan semua negeri dan tempat dalam negeri yang sama punya kadar cukai yang sama. Setiap tempat ada kadar cukai yang berbeza.

Jadi, tak kisah la kalau dalam satu negeri pun, korang mungkin akan kena bayar jumlah cukai yang berbeza-beza juga.

Cara Bayar Cukai Tanah Online

Dengan mudahnya bayaran online, hampir semua negeri di Malaysia (atau mungkin semua) telah memperkenalkan sistem bayaran cukai tanah online.

Untuk bayaran cukai tanah online mengikut negeri, sila klik link di bawah yang sesuai dengan negeri tempat korang memiliki harta tanah anda:

  1. Cara Bayar Cukai Tanah Online Kedah https://ebayaran.ptgkedah.gov.my/
  2. Cara Bayar Cukai Tanah Online Johor https://onlinepayment.johor.gov.my/
  3. Cara Bayar Cukai Tanah Online Selangor https://ehasil.selangor.gov.my/app/search
  4. Cara Bayar Cukai Tanah Online Negeri Sembilan https://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
  5. Cara Bayar Cukai Tanah Online Perak https://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
  6. Cara Bayar Cukai Tanah Online Penang https://ebayar.penang.gov.my/
  7. Cara Bayar Cukai Tanah Online Melaka https://ebayar.melaka.gov.my/
  8. Cara Bayar Cukai Tanah Online Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur https://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
  9. Cara Bayar Cukai Tanah Online Pahang https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
  10. Cara Bayar Cukai Tanah Online Perlis https://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
  11. Cara Bayar Cukai Tanah Online Terengganu http://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
  12. Cara Bayar Cukai Tanah Online kelantan https://hasiltanah.kelantan.gov.my/
  13. Cara Bayar Cukai Tanah Online Sabah http://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my/
  14. Cara Bayar Cukai Tanah Online Sarawak – Tiada

Berikut ni kami kongsikan cara bayar cukai tanah online maybank2u dengan betul:

  • Layari laman erb maybank di sini
  • Log masuk menggunkaan akaun korang
  • Selepas masuk, pergi ke menu PAY
Pergi ke Menu Pay
Pergi ke Menu Pay
  • Kemudian klik New Payee
Klik New Payee
Klik New Payee
  • Taipkan pada runagan Pejabat Tanah
  • Selepas tu pilih Negeri dimana lokasi tanah korang berada
    • Contoh : Pej Tanah & Galian WPKL- Pej Tanah & Galian Selangor- PPTG Terengganu- PTGP – Cukai Tanah Perak- PTGWP
Taipkan pada runagan Pejabat Tanah
Taipkan pada runagan Pejabat Tanah
  • Kemudian isikan nombor akaun cukat tanah, nombor telefon dan amaun bayaran korang
Masukkan Account Number & Amount
Masukkan Account Number & Amount
  • Klik Confirm kemudian tekan Pay
  • Buat pengesahan Nombor TAC atau SecureTAC
  • Apabila Pembayaran korang telah selesai, bermakna korang telahpun berjaya membayar cukai tanah tersebut
  • Pastikan korang [SIMPAN RESIT] pembayaran yang dilakukan untuk tujuan rujukan
  • Selesai

Video

Nah, begitulah cara-cara yang mudah untuk bayar cukai tanah secara online.

Sekarang korang dah tahu, tak perlu risau lagi nak bayar cukai tanah. Jangan malas-malas ya, sebab dengan teknologi sekarang ni, bayar cukai tanah dah jadi senang gila.

Tinggal duduk kat rumah je, boleh settle semua urusan.

Nak cepat lagi, boleh bayar pakai online banking, kad kredit, atau e-wallet. Ingat, bayar cukai tanah ni penting untuk sokong pembangunan negara kita.

Jadi, jangan lupa bayar cukai tanah secara berkala dan patuh kepada undang-undang. Sekian tips dari kami, semoga bermanfaat dan memudahkan hidup korang semua.

Terima kasih kerana sudi membaca, selamat bayar cukai tanah online!

Originally posted 2023-05-20 11:21:26.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait