Cara bayar PTPTN online bukanlah perkara yang sukar korang lakukan, korang semua boleg gunakan JomPAY untuk membuat pembayaran PTPTN online dengan mudah.
Dalam dunia yang semakin berkembang ini, kemajuan teknologi telah memudahkan banyak perkara, termasuk dalam urusan kewangan.
Salah satu kemudahan yang ditawarkan adalah kemampuan untuk membayar pinjaman PTPTN secara online.
Artikel ini akan membimbing anda melalui proses cara bayar PTPTN online dengan JomPAY dan memberikan anda panduan langkah demi langkah.
Apa Itu PTPTN?
PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) merupakan satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang ingin menuntut di institusi pengajian tinggi.
PTPTN memberikan pinjaman kepada pelajar untuk menampung kos pengajian mereka. Biasanya, pinjaman ini perlu dibayar balik selepas pelajar tamat pengajian dan mula bekerja.
Maksudnya, PTPTN memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana untuk melanjutkan pelajaran tanpa terhalang oleh masalah kewangan.
Penting untuk memahami keperluan dan syarat-syarat pinjaman PTPTN agar kita boleh menguruskan kewangan dengan baik selepas tamat pengajian.
Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan
Untuk memohon pinjaman pendidikan daripada PTPTN, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi, seperti dibawah:
- Anda merupakan seorang rakyat Malaysia;
- Umur anda tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Anda telah mendapat tawaran untuk masuk ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
- Kursus yang anda ambil di IPTA/IPTS dan Politeknik perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
- Bagi pelajar IPTS, kursus yang diambil perlu mendapatkan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih sah semasa tarikh memohon;
- Bagi pelajar dengan kelayakan yang berbeza, perlu mendapatkan pengesahan daripada jabatan atau agensi yang telah disebutkan sebelum ini;
- Tempoh pengajian yang masih berbaki semasa membuat permohonan tidak boleh kurang daripada satu (1) tahun;
- Tiada penaja lain yang menyokong;
- Anda telah membuka akaun SSPN-i.
Cara Permohonan PTPTN
Bagi anda yang belum mempunyai akaun PTPTN, anda boleh melakukan permohonan PTPTN dahulu, berikut adalah langkah cara mendaftar PTPTN yang boleh anda rujuk:
- Kena bukak akaun SSPN-i dulu kat mana-mana cawangan Agrobank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, ke cawangan PTPTN untuk dapat nombor akaun SSPN-i.
- Lepas tu, kena beli nombor PIN PTPTN kat mana-mana kaunter BSN dengan nilai RM5 je. Simpan baik-baik nombor PIN ni untuk guna masa buat permohonan online. Tempoh sah nombor PIN ni selama 6 bulan dari tarikh beli.
- Lepas tu, boleh daftar permohonan online, cara daftar ptptn online kat laman web rasmi PTPTN. Ingat, laman web tu boleh browse guna Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 ke atas je.
- Lepas siap buat permohonan online, boleh semak status permohonan untuk tengok layak dapat pembiayaan PTPTN ke tak.
- Kalau permohonan berjaya, kena bukak akaun simpanan bank ikut panel bank yang PTPTN tetapkan sebab pinjaman akan masuk terus ke bank tu.
Selepas korang buat permohonan, semak dibawah untuk cara bayar ptptn guna myptptn atau JomPAY.
Cara Bayar PTPTN Online dengan JomPAY
JomPAY ni memang senang gila, boleh bayar pinjaman PTPTN dengan mudah melalui online banking.
Tak perlu pening-pening nak cari tempat bayar, boleh buat semua kat rumah je.
Jadi, mari aku tunjukkan langkah-langkahnya supaya korang pun boleh praktis dengan cara bayar PTPTN guna apps JomPAY ni.
Langkah 1:
- Klik pada pautan e-perkhidmatan bayaran balik https://www.ptptn.gov.my/e-perkhidmatan-bayaran-balik/
- Klik pada menu Semakan JomPAY
Langkah 2:
- Masukkan nombor kad pengenalan peminjam/pendeposit
Langkah 3:
- Paparan akan menunjukkan maklumat rujukan JomPAY peminjam/pendeposit
- Biller Code dan Ref-1 berbeza mengikut produk Pinjaman (Konvensional), Pinjaman (Ujrah), Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus
Langkah 4:
- Klik pada pautan https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
- Log masuk ke dalam aplikasi web Maybank2u
Langkah 5:
- Selepas log masuk, klik pada menu “PAY & TRANSFER”
Langkah 6:
- Klik “JomPAY” pada Ruang Pay To
Langkah 7:
- Masukkan nombor Biller Code. Rujuk pada paparan Langkah 3
- Klik menu “Press Enter”
Langkah 8:
- Masukkan maklumat Ref-1, Ref-2 dan amaun bayaran/deposit. Rujuk pada paparan Langkah 3
- Klik pada ikon “radio button” untuk terma dan syarat (Terms and Conditions)
- Klik pada butang “PAY”
Langkah 9:
- Klik butang “Request” untuk mengesahkan bayaran
Langkah 10:
- Notifikasi bagi pengesahan bayaran akan dihantar melalui aplikasi M2U MY
Langkah 11:
- Paparan transaksi yang telah BERJAYA
Itulah cara bayar PTPTN guna JomPAY Maybank2u yang boleh anda rujuk dan ikuti.
Video
Sekiranya anda belum paham dengan cara bayar PTPTN online diatas, anda boleh tengok video cara bayar PTPTN online dengan JomPAY dibawah:
Jadi, itu dia untuk langkah demi langkah cara bayar PTPTN online dengan JomPAY yang boleh anda ikuti.
Dengan panduan langkah demi langkah yang telah diberikan, anda dapat memanfaatkan kemudahan ini untuk membuat pembayaran dengan mudah dan pantas, di mana-mana dan pada bila-bila masa yang sesuai dengan anda.
Bayaran PTPTN online juga membantu anda menjimatkan kos dan masa, serta memberi kebebasan kepada anda untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih efisien.
Sekian, terima kasih kerana membaca cara bayar PTPTN online ini dan semoga ia bermanfaat untuk anda.
Originally posted 2023-05-16 22:52:02.