2 Cara Bayar Saman JPJ Online dengan Mudah

Maul December 3, 2024

Bagi korang yang keliru tentang cara bayar saman jpj online jangan risau, ia sangat mudah, korang boleh bayar saman jpj online dengan MySIKAP, dan MyBayar Saman.

Sebagai seorang pemandu, memang tidak dapat elak daripada menerima saman di jalan raya.

Namun, dengan teknologi yang semakin maju pada masa kini, kita tidak perlu lagi beratur panjang di pejabat pos ataupun kaunter untuk membuat pembayaran.

Di sini, saya akan kongsikan 2 cara bayar saman JPJ online yang mudah dan cepat.

Jadi, jangan risau lagi ya! Mari kita teruskan bacaan ini untuk mengetahui cara-cara bayar saman JPJ secara online yang akan membantu anda menyelesaikan urusan anda dengan mudah.

Apa Itu Bayar Saman?

Bayar saman adalah proses membayar denda atau kutipan yang dikenakan oleh pihak berkuasa kepada seseorang yang melanggar undang-undang atau peraturan tertentu.

Contohnya, jika anda memandu melebihi had laju yang ditetapkan atau memarkir di tempat yang dilarang, anda mungkin akan dikenakan saman.

Anda perlu membayar saman tersebut dalam masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kenaikan kos atau tindakan undang-undang yang lebih serius.

Semak 2 cara bayar saman jpj online dibawah:

2 Cara Bayar Saman JPJ Online

Berikut adalah 2 cara bayar saman jpj online yang boleh korang rujuk dan dan ikuti langkah-langkah tersebut dibawah:

1. Cara Bayar Saman JPJ Online dengan MySIKAP

Untuk cara pertama, korang boleh menggunakan MySikap untuk cek dan membuat pembayaran saman jpj secara online.

Ikut langkah di bawah untuk cara bayar saman jpj online dengan MySikap:

1. Daftar Akaun MySikap

Sebelum korang bayar saman jpj online di MySikap, korang perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.

Buka laman web rasmi https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

Imej Daftar Akaun MySikap
Daftar Akaun MySikap

Korang Ikuti setiap langkah dan isikan semua data yang diminta untuk buat akaun MySikap.

2. Selepas itu klik menu Kesalahan & Penalti

Selepas korang berjaya mendaftar dan log masuk, korang klik menu Kesalahan dan Penalti.

Imej Klik Kesalan dan Penalti
Klik Kesalan dan Penalti

3. Seterusnya korang klik pembayaran saman

Klik Pembayaran Saman
Klik Pembayaran Saman

4. Masukan nombor pengenalan korang dan klik “Cari”

Selepas korang masukan no pengenalan korang seterusnya korang klik “CARI”.

Cara bayar saman online untuk orang lain dan individu sama sahaja, korang boleh pilih seperti imej dibawah.

Masukan Nombor Pengenalan
Masukan Nombor Pengenalan

5. Klik “Bayar Saman”

Seterusnya korang klik saman yang mau korang bayar dan dibahagian bawah korang klik “Bayar Saman”

cara bayar saman jpj online
Klik Bayar Saman

6. Pilih kaedah pembayaran

Pilih kaedah pembayaran yang mau korang gunakan, seterusnya klik “Bayar” untuk membuat pembayaran.

Anda boleh guna maybank2u untuk cara bayar saman polis online maybank2u dan jpj.

Pilih Kaedah Pembayaran
Pilih Kaedah Pembayaran

7. Transaksi telah berjaya

Selepas korang membuat pembayaran korang akan melihat pemberitahuan bahawa pembayaran anda berjaya

Pemberitahuan Transaki Berjaya
Pemberitahuan Transaki Berjaya

Itulah langkah-langkah cara pembayaran saman online dengan MySIKAP yang boleh anda ikuti.

2. Cara Bayar Saman JPJ Online dengan MyBayar Saman

Untuk cara kedua, korang boleh menggunakan MyBayar Saman untuk membuat pembayaran saman jpj secara online.

Ikut langkah di bawah untuk cara bayar saman jpj online dengan MyBayar Saman:

1. Daftar Akaun MyBayar Saman

Sebelum korang bayar saman jpj online di MyBayar Saman, korang perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.

Untuk daftar akaun buka laman web rasmi di https://mybayar.rmp.gov.my/

Imej Daftar Akaun MyBayar Saman
Daftar Akaun MyBayar Saman

Korang Ikuti setiap langkah dan isikan semua data yang diminta untuk buat akaun MyBayar Saman.

2. Buka aplikasi MyBayar Saman atau layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my/

3. Klik butang “Payment of Summons” di menu utama

Klik butang _Payment of Summons
Klik butang _Payment of Summons

4. Pilih saman yang akan anda bayar

Pilih saman yang akan anda bayar
Pilih Saman

5. Pilih kaedah pembayaran dan klik “Pay”

Cara bayar saman online maybank2u cukup mudah pilih kaedah pembayaran maybank2u lalu klik “pay”

Imej Pilih kaedah pembayaran dan klik _Pay
Pilih kaedah Pembayaran dan Klik _Pay

6. Pembayaran berjaya

Pembayaran berjaya
Pembayaran Berjaya

Itulah langkah-langkah cara bayar saman JPJ online dengan MyBayar Saman yang boleh anda ikuti.

Selain menggunakan MySIKAP dan MyBayar Saman anda juga boleh guna cara bayar saman online myeg.

Video

Sekiranya anda belum paham dengan cara bayar saman online jpj diatas, anda boleh tengok video cara bayar saman jpj online berikut:

Itu dia, 2 cara bayar saman JPJ secara online yang boleh anda gunakan dengan mudah dan cepat.

Sekarang anda tak perlu lagi pening-pening nak ke JPJ atau pos laju untuk bayar saman.

Anda hanya perlu pilih cara yang paling sesuai dengan anda, sama ada melalui portal rasmi MySIKAP atau menggunakan MyBayar Saman.

Saya harap artikel ini dapat membantu anda dalam membuat pembayaran saman secara online.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen, jangan malu-malu untuk berkongsi di ruang komen di bawah.

Originally posted 2023-05-15 13:55:33.

Maul

Hi semua! Saya Maul. Suka explore dunia teknologi, especially smartphone, graphic design, troubleshoot, dan cara-cara sim kad, atau nak optimize gadget. Aku ni pro dalam mengenal pasti best apps dan features, selalu update dengan latest models dan OS. Graphic design pulak, aku talented dalam Adobe Suite, from Photoshop to Illustrator, create amazing visuals memang my passion! Bila ada masalah dgn gadget, aku la superhero yang datang tolong. Aku mahir dalam cara-cara optimize gadget, seperti battery saving tips, performance tweaks, dan even cleaning up storage. Boleh la cari aku kalau ada masalah dgn gadget, kita kongsi ilmu sama-sama! 😊

    Artikel Terkait