Cara Bayar Zakat Fitrah Online boleh dilakukan menggunakan apl Maybank atau CIMB. Artikel ini akan membahasa langkah membayar zakat fitrah online secara rinci.
Zakat fitrah adalah salah satu ibadah penting bagi umat Islam pada bulan Ramadan. Zakat fitrah membantu membersihkan hati dan meratakan kehidupan sosial di antara saudara Muslim.
Pada zaman digital ini, membayar zakat fitrah secara online semakin popular kerana ia memberikan kemudahan dan keselamatan dalam urusan pembayaran.
Oleh itu, artikel ini akan membincangkan cara-cara yang mudah dan selamat untuk membayar zakat fitrah secara online.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda yang ingin mempelajari cara bayar zakat fitrah secara online.
Syarat Wajib Zakat
Anda dikehendaki membayar zakat jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Berikut merupakan syarat wajib zakat
1. Beragama Islam. Satu-satunya agama yang mewajibkan penganutnya menunaikan zakat ialah agama Islam.
2. Merdeka/Bukan Hamba. Dapat mencari rezeki yang halal tanpa dihalagi oleh siapa-siapa.
3. Milik Sempurna. Harta itu mesti dimiliki sepenuhnya dan boleh digunakan seperti yang dikehendaki tanpa memerlukan persetujuan orang lain. Ini termasuk aspek Hak Hizayah (hak pemilikan) dan Hak Tasarruf (hak penggunaan).
4. Cukup Nisab. Kadar minimum harta yang ditetapkan syarak untuk mewajibkan zakat telah memenuhi.
5. Cukup Haul. Harta yang telah dimiliki merupakan harta yang dikumpulkan selama 12 bulan atau setahun berlalu.
6. Berkembang. Harta berkembang memiliki arti harta yang memiliki potensi untuk berkembang macam haiwan ternakan berkaki empat, hasil tanaman, barang perniagaan, emas, perak dan mata wang).
Hukum Bayar Zakat Fitrah Online
Menurut maklumat yang diberikan oleh Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang dianggap sah mengikut syariah jika berlaku dua perkara iaitu niat bayar zakat fitrah online membayar zakat dan memindahkan aset zakat. Istilah “kontrak” dalam pembayaran zakat diperlukan.
Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri
Kadar Zakat Fitrah pada setiap Negeri berbeza, berikut kami sajikan senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri di Malaysia tahun 2024 termasuk bayar zakat online selangor.
Negeri | Kadar Zakat Fitrah (RM) |
---|---|
Perlis | RM7.00 |
Kedah | RM7.00 / RM14.00 / RM21 |
Pulau Pinang | RM7.00 / RM13.00 / RM20 |
Perak | RM7.00 / RM14.00 / RM21 |
Selangor | RM7.00 / RM14.00 / RM21 |
Negeri Sembilan | RM7.00 / RM10.00 / RM21 |
Melaka | RM7.00 / RM10.00 / RM21 |
Johor | RM7.00 / RM10.00 |
Pahang | RM7.00 |
Terengganu | RM7.00 |
Kelantan | RM7.00 / RM14.00 / RM21 |
Wilayah Persekutuan | RM7.00 |
Labuan | RM7.00 |
Sabah | RM7.00 |
Sarawak | RM7.00 |
Cara Bayar Zakat Fitrah Online
Cara nak bayar zakat fitrah online boleh dilakukan menggunakan beberapa apl.
Pada artikel ini akan menjelaskan langkah-langkah cara bayar zakat fitrah online guna Maybank dan CIMB, termasuk cara bayar zakat fitrah online perak, cara nak bayar zakat fitrah online terengganu, cara bayar zakat fitrah online kelantan, cara bayar zakat fitrah online kuala lumpur.
Guna Maybank
Sila ikuti langkah berikut jika anda nak tahu cara bayar zakat fitrah online guna Maybank:
- Layari laman web Maybank di Maybank2u
- Log masuk ke akaun anda
- Pilih butang Pay & Transfer pada bahagian kanan atas
- Sila taip kekunci kata Zakat dan pilhi jabatan zakat negeri Anda
- Kemudian, pilih zakat fitrah
- Selepas itu, anda isikan jumlah bayaran zakat yang perlu dibayar mengikut negeri Anda dan klik butang Pay dan lama seterusnya akan dipaparkan bagi mendapatkan nombor TAC untuk melengkapkan proses pembayaran
- Selesai
Guna CIMB
Sila ikuti langkah berikut jika anda nak tahu cara bayar zakat fitrah online guna CIMB:
- Layari laman web CIMB di CIMB Malaysia
- Log masuk ke akaun anda
- Pilih butang Pay & Transfer pada bahagian kiri dan klik Pay Bills
- Taip kata kunci zakat dan pilih jabatan mengikut negeri Anda
- Kemudian, pilih jenis Zakat yang dibayarkan, iaitu zakat fitrah
- Masukkan jumlah bayaran
- Selepas itu, klik butang seterusnya untuk mendapatkan nombor TAC dan menyelesaikan pembayaran
- Selesai
Sekianlah pembahasan mengenai cara bayar zakat fitrah secara online. Diharapkan artikel ini memberikan panduan yang berguna dan membantu pembaca untuk menjalankan ibadah zakat fitrah dengan lebih mudah dan efisien.
Jangan lupa untuk terus beramal dan beribadah dengan niat yang ikhlas dan penuh keikhlasan. Semoga Allah SWT merahmati kita semua dan menerima amalan-amalan kita. Terima kasih kerana membaca artikel ini.
Originally posted 2023-03-02 14:48:57.