Cara Buat Resume Guna Microsoft Word dengan Mudah

aiman October 27, 2024

Hey korang! Tahu tak, cara buat resume guna Microsoft Word sangat mudah je, sekiranya korang mahu tau teruskan baca penuh artikel ni untuk panduan lengkapnya!

Kalau korang nak buat resume tapi tak tau camne, jangan risau!

Artikel ni akan tunjukkan cara buat resume guna Microsoft Word dengan mudah.

Kita takyah pening kepala fikir format lagi. Gunalah Word yang semua orang pun ada, kan?

Dengan langkah-langkah ringkas, korang boleh buat resume yang mantap dan professional. Senang je!

Jadi, jom kita explore cara tambah pengalaman, skills, dan highlight diri korang dalam resume yang power gila.

Teruskan baca ya!

Apa itu Resume?

Resume merupakan satu dokumen ringkas yang merangkumi maklumat peribadi, pendidikan, pengalaman kerja, dan kemahiran calon pekerja.

Ia berfungsi sebagai pintu masuk awal untuk mendapatkan peluang kerjaya dan memikat majikan untuk menjemput calon pekerja ke sesi temuduga.

Tujuan Resume

Tujuan utama resume adalah untuk menonjolkan kekuatan dan potensi calon pekerja serta menyampaikan butiran yang relevan kepada majikan.

Resume harus membuktikan bahawa calon pekerja adalah individu yang sesuai dan berkelayakan untuk jawatan yang dipohon.

Jenis-jenis Resume

Ada beberapa jenis resume yang korang boleh buat, seperti dibawah ni:

1. Resume Berformat Kronologi

Resume berformat kronologi menyusun pengalaman kerja calon pekerja mengikut tarikh dari yang terkini hingga yang terdahulu.

Ia memfokuskan perhatian pada pengalaman kerja masa lalu dan kejayaan yang dicapai.

2. Resume Berformat Fungsional

Resume berformat fungsional menekankan kemahiran dan pencapaian calon pekerja berdasarkan fungsi atau keahlian tertentu.

Ia sesuai untuk mereka yang ingin menonjolkan kemahiran yang relevan tetapi mungkin tidak mempunyai pengalaman kerja yang kukuh.

3. Resume Berformat Kombinasi

Resume berformat kombinasi menggabungkan elemen-elemen dari resume berformat kronologi dan fungsional.

Ia memberikan penekanan kepada kedua-dua pengalaman kerja dan kemahiran calon pekerja.

Cara Buat Resume Guna Microsoft Word

Cara buat resume guna Microsoft Word 2010,2013 dan 2016 langkah-langkahnya sama sahaja.

Berikut ni adalah langkah-langkah mudah je, cara membuat resume menggunakan microsoft word:

Langkah Pertama

  • Buka Microsoft Word dalam komputer korang.
  • Ada beberapa template yang akan muncul situ.
  • Nak dapatkan template resume, taip “Resume” dalam kotak cari.
Imej cara buat resume guna microsoft word
Imej Ketik Resume di Bahagian Search

Langkah Kedua

  • Lepas tu, akan keluar beberapa template resume.
  • Pilih template yang korang nak guna.
Imej Paparan Template Resume
Imej Paparan Template Resume

Langkah Ketiga

  • Klik template tersebut dan klik buat.
Imej Klik Template Resume dan Buat
Imej Klik Template Resume dan Buat\

Langkah Keempat

  • Lepas tu, isikan maklumat peribadi korang dalam template tu.
Imej Masukan Maklumat Korang
Imej Masukan Maklumat Korang

Langkah Terakhir

  • Bila semua dah siap, jangan lupa Save resume yang kau dah buat.
Imej Save Resume
Imej Save Resume

Tips untuk Menulis Resume yang Berkesan

  1. Pilih Format yang Sesuai: Pilih format resume yang sesuai dengan latar belakang dan pengalaman anda.
  2. Gunakan Kata Kunci (Keywords): Sertakan kata kunci yang relevan dengan jawatan yang dipohon untuk meningkatkan kelaziman resume anda.
  3. Sertakan Butiran Relevan dan Khusus: Fokuskan butiran yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon dan sertakan kejayaan yang relevan.
  4. Fokuskan Pada Kejayaan dan Pencapaian: Sertakan butiran mengenai pencapaian dan kejayaan yang mencerminkan kemahiran dan kebolehan anda.
  5. Sertakan Maklumat yang Terkini dan Relevan: Pastikan resume anda mengandungi maklumat terkini dan relevan bagi mendapatkan perhatian majikan.
  6. Pastikan Resume Mudah Dibaca dan Ringkas: Susun resume dengan teratur dan menggunakan penandaan yang sesuai untuk memudahkan pembaca.
  7. Periksa Tatabahasa dan Ejaan dengan Teliti: Pastikan resume bebas daripada sebarang kesilapan tatabahasa dan ejaan yang tidak betul.
  8. Gunakan Format Fail yang Betul: Simpan resume dalam format fail yang biasa digunakan seperti PDF atau Microsoft Word.

Video

Sekiranya korang belum paham dengan cara buat resume guna Microsoft Word dengan template diatas,

korang boleh tonton video cara membuat cv menggunakan microsoft word Microsoft Word secara manual dibawah ni:

Sumber: Youtube

Jadi, itulah cara buat resume guna Microsoft Word dengan mudah dan ringkas je.

Sekarang, korang sudah tahu langkah-langkahnya! Jangan lupa, resume yang baik adalah yang jelas, teratur, dan mencerminkan kebolehan korang dengan baik.

Jadi, jangan malu untuk menunjukkan bakat terbaik korang semua di atas kertas!

Semoga artikel ini bermanfaat untuk korang semuanya.

Selamat mencoba dan sukses dalam pencarian pekerjaan korang semua!

Originally posted 2023-06-30 22:35:00.

Artikel Terkait