Cara Order Grab Food boleh dilakukan dengan mudah, artikel ini akan menjelaskan secara terperinci cara order grab food dengan betul!
Dalam dunia moden yang serba pantas ini, teknologi semakin berkembang dan memudahkan kita untuk menjalankan kehidupan seharian dengan lebih efisien.
Salah satu kemudahan yang disediakan oleh teknologi adalah perkhidmatan penghantaran makanan seperti Grab Food.
Bagi mereka yang masih baru menggunakan aplikasi ini, artikel ini akan memberikan panduan mudah tentang cara order Grab Food.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan langkah-langkah mudah untuk membuat pesanan makanan dan menjimatkan masa serta tenaga.
Langkah-Langkah Membuat Tempahan Grabfood
Sila ikuti langkah berikut untuk dapat mengetahui cara order grab food dengan betul:
- Pastikan anda sudah muat turun Grab Food App dan log masuk menggunakan akaun anda
- Buka aplikasi
- Pada skrin utama, pilih butang food atau makanan
- Masukkan alamat atau lokasi anda dengan betul
- Kemudian pergi ke ruang carian untuk mencari makanan yang anda ingin pesan. Tulis menu makanan atau nama restoren yang anda inginkan
- Setelah jumpa restoran yang anda inginkan, klik pada nama restoran untuk memilih menu yang terdapat di sana.
- Setelah dapat makanan yang anda inginkan, masukkan makanan pilihan anda ke dalam bakul belian. Jumlah harga untuk makanan anda akan terpapar sekali di aplikasi tersebut. Kemudian, bolehlah anda place order.
- Apabila anda sudah place order, Grab Food akan memproses makanan yang anda telah order dengan memaklumkan kepada restoren dan juga pemandu yang akan menghantar pesanan kita nanti
- Setelah siap, Grab Food akan memaklumkan kepada anda siapa yang akan melakukan penghantaran dan anggaran masa untuk pesanan anda disediakan dan dihantar ke lokasi anda. Lokasi penghantar makanan juga akan dipaparkan dalam aplikasi tersbut.
- Apabila penghantar tiba di lokasi kita, kita akan menerima notis penghantaran
- Apabila makanan sudah diterima, bolehlah anda menikmati makanan anda.
Itulah cara mudah grabfood order (makanan online delivery).
Video
Jika anda masih keliru dengan penjelasan di atas, sila tonton video berikut:
Secara keseluruhannya, cara order Grab Food adalah mudah dan menyenangkan.
Dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan yang disediakan oleh restoran pilihan anda tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat.
Selain itu, dengan pelbagai tawaran dan promosi yang disediakan oleh Grab Food, anda juga boleh menjimatkan wang dan memuaskan selera anda.
Jadi, jangan ragu-ragu untuk mencuba perkhidmatan ini dan rasai keselesaan serta kemudahan yang ditawarkan.
Originally posted 2023-03-25 13:06:36.