Cara Padam Akaun Touch n Go eWallet boleh dilakukan dengan 3 cara, artikel ini akan membahas secara terperinci mengenai cara padam akaun touch n go eWallet.
Touch n Go eWallet adalah salah satu platform pembayaran digital yang semakin popular di Malaysia.
Namun, mungkin terdapat beberapa pengguna yang ingin memadamkan akaun mereka atas pelbagai sebab seperti mengubah platform pembayaran, kebocoran maklumat peribadi, atau kerana tidak lagi memerlukan akaun tersebut.
Jika anda juga ingin memadamkan akaun Touch n Go eWallet anda, terdapat beberapa langkah yang perlu anda ikuti.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan langkah-langkah mudah untuk memadamkan akaun Touch n Go eWallet anda secara tepat dan selamat.
Panduan Padamkan/Delete Kauan Touch n Go
Sila pastikan anda memahami bahawa pemadaman atau penamatan akaun anda dalam e-wallet TnG ini memerlukan pengesahan daripada e-wallet.
- Anda boleh mengemukakan permintaan yang boleh disahkan untuk memadamkan maklumat peribadi yang telah dikumpulkan oleh e-wallet mengenai anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pengecualian tertentu dikenakan.
- Sebaik sahaja permintaan anda yang disahkan diterima dan disahkan oleh e-dompet, mereka akan memadamkan maklumat peribadi anda daripada rekod mereka, melainkan terdapat pengecualian.
- Walau bagaimanapun, jika mereka tidak dapat mengesahkan identiti anda, maka permintaan pengalihan keluar anda akan ditolak. Di samping itu, mereka boleh menolak permintaan pemadaman anda jika mengekalkan maklumat yang diperlukan untuk mereka atau pembekal perkhidmatan mereka.
Cara Padam Akaun Touch n Go eWallet
Anda boleh padam akaun touch n go menggunakan beberapa cara, termasuk:
Cara Padam Akaun Touch n Go eWallet dengan Hubungi Khidmat Pelanggan
Anda boleh padamkan akaun touch n go dengan menghubungi khidmat pelanggan, sila ikuti langkah berikut:
- Hubungi khdimat pelanggan TnG eWallet di talian +603 5022 3888.
- Maklumkan dekat pegawai tersebut bahawa anda ingin delete/terminate akaun anda.
- Berikan maklumat akaun anda sekiranya diperlukan oleh pegawai tersebut.
- Simpan maklumat pengesahan yang anda berikan.
- Selesai
Cara Padam Akaun Touch n Go eWallet guna Facebook
Anda boleh padamkan akaun touch n go menggunakan facebook, sila ikuti langkah berikut:
- Layari facebook rasmi TnG eWallet: https://www.facebook.com/touchngoewallet/
- Klik pada send message
- Taipkan mengenai bahawa anda ingin delet/terminate akaun TnG eWallet anda
- Kemudian anda akan direply:Sekiranya anda ingin tamatkan akaun TnG eWallet anda, sila berikan maklumat dan alasan penamatan anda kepada kami dan kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut dalam hal ini.
- Maklumat yang diperlukan adalah:
- Nama Penuh
- No Kad Pengenalan
- No Telefon ( yang berdaftar dengan TnG eWallet)
- Salinan kad pengenalan ( depan dan belakang dengan palang)
- Selesai
Cara Padam Akaun Touch n Go eWallet gan Website TnG
Anda boleh padamkan akaun touch n go menggunakan website TnG, sila ikuti langkah berikut:
- Layari pautan Pusat Bantuan TnG eWallet DI SINI
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada borang permintaan anda seperti:
- No Telefon (yang berdaftar dengan TnG eWallet)
- Nama Penuh
- Jenis Bantuan – pilih Status Akaun > Penamatan
- No Kad Pengenalan anda
- Keterangan – isikan alasan/sebab anda ingin delete/terminate akaun TnG eWallet anda
- Lampiran (sekiranya perlu)
- Setelah lengkap semuanya, tekan Submit.
- Anda kemudian akan dihubungi oleh pihak TnG eWallet melalui email untuk tindakan seterusnya.
- Selesai
Video
Tonton video ini jika anda tidak faham cara padam akaun touch n go eWallet.
Sekiranya anda memutuskan untuk memadamkan akaun Touch n Go eWallet anda, pastikan anda mengikuti langkah-langkah yang diberikan dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Ingatlah bahawa memadamkan akaun e-wallet tidak akan menghilangkan rekod transaksi yang terdahulu, jadi pastikan anda membuat backup atau menyimpan maklumat yang diperlukan sebelum memadamkan akaun.
Semoga artikel ini membantu anda dalam proses memadamkan akaun Touch n Go eWallet anda. Terima kasih kerana membaca!
Originally posted 2023-03-23 16:03:48.