Terdapat beberapa jenis set iphone pada pasaran Malaysia, baca artikel secara penuh supaya korang faham jenis set iphone sebelum korang beli iphone!!
Assalamualaikum semua! Hari ni kita nak bincang pasal jenis-jenis set iPhone country yang ada kat pasaran sekarang ni.
Kalau korang baru nak beli iPhone, memang boleh pening kepala tengok macam-macam model yang ada kan? Jangan risau, kami sedia membantu!
So, sebelum kita masuk dalam perbincangan pasal jenis set iPhone yang ada, kita kena tahu yang ada beberapa perkara yang membezakan setiap model iPhone ni.
Jadi, dalam artikel ni kita akan bincangkan secara ringkas pasal jenis set iPhone yang ada sekarang ni.
Siapa tahu lepas baca artikel ni, korang boleh decide nak beli model yang mana kan? So, let’s get started!
Apa Itu Jenis Set iPhone?
Semua orang tahu bahawa Apple mempunyai kod model iPhone yang khusus untuk negara-negara tertentu seperti MY untuk Malaysia, X untuk Australia dan lain-lain.
Kod ini kadang-kadang menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna tentang sama ada ia sesuai untuk digunakan di Malaysia atau tidak.
Pengguna risau kad SIM Malaysia tidak sesuai dengan iPhone set luar atau ada fungsi yang berbeza.
Sebenarnya, terdapat perbezaan antara MY set iphone dan Import set iphone.
Contohnya, untuk iPhone set dari UAE, FaceTime tidak berfungsi, dan untuk set dari Jepun dan Korea, shutter kamera tidak boleh disenyapkan.
Set dari Hong Kong dan China pula memerlukan dwi fizikal nano SIM untuk iPhone Xs ke atas, berbeza dengan set MY yang menggunakan eSIM + SIM.
Set dari Amerika Syarikat pula menggunakan modem 4G Qualcomm, manakala MY set menggunakan modem 4G Intel, tetapi hanya untuk iPhone Xs ke bawah sahaja.
Biasanya, set dari Amerika Syarikat dan Eropah dilengkapi dengan pengecas 2-pin, berbeza dengan Malaysia dan Singapura yang menggunakan 3-pin.
Jenis Set iPhone
Di Malaysia sendiri, jenis iphone set popular dibagi menjadi 3, termasuk:
My Set
Kat Malaysia, iphone jenis Myset ni paling laku. Kenapa? Sebabnya ialah warranty direct under Apple Store yang boleh terus hantar ke cawangan wakil Apple Store terdekat untuk claim warranty jika device ada masalah.
Bagi pengguna, faktor ni penting sangat sebab takut device rosak tak dapat claim warranty.
Tak hanya itu, faktor harga untuk jual semula pun jadi sebab set nombor 1 paling popular. Kebiasaannya pengguna set 1 ni cepat menukar/upgradedevice, jadi senanglah nak jual sebab demand tinggi.
Walau harga set nombor 1 ni memang Paling mahal berbanding set yang lain, set iphone yang terbaik merupakan myset.
Berikut senarai harga untuk iphone Myset:
Jenis | Harga |
Apple iPhone 14 | RM3,649 |
Apple iPhone 14 Plus | RM4,049 |
Apple iPhone 14 Pro | RM4,999 |
Apple iPhone 14 Pro Max | RM5,499 |
Apple iPhone SE 2022 | RM2,249 |
Apple iPhone 13 | RM3,199 |
Apple iPhone 13 Mini | RM3,199 |
Apple iPhone 13 Pro | RM4,899 |
Apple iPhone 13 Pro Max | RM5,188 |
Apple iPhone 12 | RM3,950 |
Apple iPhone 12 Mini | RM3,099 |
Apple iPhone 12 Pro | RM4,550 |
Apple iPhone 12 Pro Max | RM3,950 |
Korang boleh layari laman web iphone supaya tahu harga iphone Myset dan promosi terkini pada Apple iPhone MY
Import Set
Import Set merupakan set daripada Apple Store luar negara. Warranty untuk import set ni boleh claim dimana-mana Apple Store di Malaysia tapi untuk iphone 6s dan ke atas je.
Demand untuk set import ni takdelah sehebat Myset. Harga set jenis ni pun kebiasaannya lebih MURAH sedikit berbanding iphone Myset.
Berikut senarai harga untuk iphone Import set:
Jenis | Harga |
Apple iPhone 13 | RM3,050 |
Apple iPhone 13 Pro Max | RM4,380 |
Apple iPhone 12 | RM2,399 |
Apple iPhone 12 Pro | RM2,550 |
Apple iPhone 12 Pro Max | RM3,050 |
Apple iPhone 11 Pro (512GB) | RM2,249 |
Apple iPhone 11 Pro Max (256GB) | RM2,450 |
Apple iPhone XS Max (512GB) | RM1,699 |
Apple iPhone XS | RM1,580 |
Apple iPhone XR | RM1,399 |
Refurbished Set
Refurbished set ni merupakan jenis iphone set yang dah diperbaharui balik komponennya yang kena tukar.
Banyak orang keliru ni sebab ada yang ingatkan refurbished set ni sama macam set import.
Tapi sebenarnya refurbished set ni kebanyakannya memang import sebab nombor siri dia biasanya “LL” bermakna refurbished set daripada US dan lain-lain.
Tapi status dia berbeza dengan import set sebab refurbished set ni ialah set Yang dah diperbaharui, sama ada oleh Apple sendiri atau pihak ketiga.
Kebanyakan refurbished set yang dijual online atau di kedai adalah daripada pihak ketiga, so warranty dia adalah under supplier.
Jadi kalau nak claim warranty kena uruskan dengan seller atau supplier yang jual set tu.
Yang penting, refurbished set ni 100% sama dengan Myset dan Import set dari segi fungsinya, dan bukanlah clone, copy ori atau sebarang jenis yang lain.
Bezanya cuma pada warranty je. Harga untuk refurbished set ni jauh lebih murah daripada My set dan Import set.
Tapi perlu diakui, iDevice refurbished ni senang nak claim warranty daripada supplier, dan servis claim warranty biasanya lebih cepat dari Myset dan import set.
Lagipun, iDevice ni bukan mudah nak rosak, tapi kalau beli dekat seller yang berdekatan lagi bagus. Senang nak berurusan, nak pos pun takde masalah.
Jenis | Harga |
Apple iPhone 13 | RM3,250 |
Apple iPhone 12 | RM2,299 |
Apple iPhone 12 Pro | RM2,480 |
Apple iPhone 12 Pro Max | RM2,930 |
Apple iPhone 11 | RM1,680 |
Apple iPhone 11 Pro | RM1,950 |
Apple iPhone 11 Pro Max | RM2,390 |
Apple iPhone XS Max | RM1,550 |
Apple iPhone XS | RM1,499 |
Itulah beberapa jenis set iPhone yang biasanya dijual di pasaran. Semua jenis set ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sebelum membeli, pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu dan memilih jenis set yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Jangan terlalu teruja dengan harga yang murah, pastikan anda membeli dari seller yang dipercayai untuk mengelakkan dari ditipu dengan set palsu atau rosak.
Ingat, membeli set iPhone bukanlah perkara yang mudah dan memerlukan sedikit usaha dan kajian. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat ketika membeli set iPhone.
Originally posted 2023-04-13 16:52:53.